Kekalkan Shahrizat, kekalkan Umno tidak bersih
29 MAC — Perdana Menteri Najib memberi segala auta bagi mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia. Antaranya Shahrizat dipilih perwakilan untuk jawatannya itu dan kes lembu suaminya belum didapati bersalah.
Sikap Najib adalah satu perangkap Shahrizat kepadanya dan kepada Umno. Keputusan dengan sendirinya mengekalkan Umno sebagai parti politik yang tidak bersih dan tidak bermoral.
Memang parti itu sedia tidak bersih dan memang dilihat tidak bermoral. Tanpa kes suami Shahrizat pun ia tidak dilihat bermoral. Dengan mengekalkan Shahrizat pada jawatan tertinggi Wanita Umno itu, menambah burukkan maruahnya.
Keputusan Shahrizat kekal atau tidak sebagai Ketua Wanita adalah haknya. Dia kena tentukan sendiri sebagai satu bantuan membaiki moral partinya. Dia jangan bertanya Wanita Umno dan Najib apakah dia patut kekalk atau melepaskan jawatan itu.
Memang payah bagi Wanita untuk menyuruhnya berundur. Hanya Naib Ketuanya, Senator Kamilia Ibrahim yang berani dan tegas menyuarakan Shahrizat patut berundur. Sifat Wanita Umno itu adalah sifat tradisional orang Melayu, memang mengelak menjatuhkan air muka sesama sendiri.
Tetapi politik dalam apa keadaan menuntut sesuatu yang bersih dan bermoral dan mesti dilihat bersih dan bermoral. Maka politik sepatutnya tidak pilihan bertindak seperti yang disuarakan oleh Kamilia.
Tindakan Shahrizat pula memerangkap sifat lembut wanita itu supaya mengekalkannya dan diseretnya pula Wanita untuk menyeret Najib. Najib pula memang berlembut di depan semua orang. Tidak terdaya baginya menentang kemahuan orang-orangnya.
Semua orang Umno termasuk Dr Mahathir tidak setuju Tan Sri Isa Samad jadi calon Pilihan Raya Kecil Pasir Pekan disebabkan oleh imej dan moral politiknya buruk. Tetapi Isa ada rakan ikrab Najib dan Isa mengugut kononnya Umno hancur kitanya dia tidak dicalonkan. Najib masuk perangkap Isa.
Sekarang Shahrizat pula memerangkap Najib dan Najib telah masuk dalam perangkapnya, bersetuju mengekalkan Shahrizat sebagai pemimpin Wanita.
Tindakan serba salah Najib itu tidak menjadi Shahrizat betul dan tidak menjadikan Wanita Umno betul. Bahkan ia menambah tidak betul Umno pada keseluruhannya. Hanya auta saja mengatakan ia bersih dan bermaruah.
Najib digesa menggantikan Abdullah Ahmad Badawi bagi memulihkan imej buruk Umno dan kepimpinannya. Supaya Umno dikukuhkan dengan dengan maruah dan bersihnya. Ternyata Najib tidak berjaya memulihkan maruah itu dan tidak pula dapat menunjukkan satu contoh pimpinan yang baik.
Memang suami Shahrizat tiada sebarang kelayakan untuk mendapat lesen dan pinjaman mudah RM250 juta dalam usaha menggembala lembu secara raksaksa. Dia tiada kepakaran dan penngalaman. Satu-satunya syarat yang dia ada ialah dia suami Shahrizat.
Shahrzat boleh kata dia tidak tahu dan tiada kena mengena dengan skendal itu. Tetapi siapa yang percaya? Kalau dia bukan suami Shahrizat, adakah dia boleh dapat anugerah dari langit itu? Dolah Badawi dan Muhyiddin Yassin tidak akan menimbangkannya jika dia bukan suami Shahrizat.
Sekiranya mahkamah aktif dan bebas sebagaimana sewajarnya, kes suami Shahrizat ini akan jadi isu utama, mendominasi isu-isu lain. Kononnya Shahrizat tidak terlibat, tetapi adakah emosi Shahrizat bebas dari sebarang kesan dan gema atas perbicaraan itu.
Adakah sepanjang perbicaraan itu Shahrizat membiarkan saja suaminya dan anak-anaknya turun ke mahkamah? Dia akan melepaskan diri, tidak mengiring dan tidak mempedulikan apa yang terjadi?
Ketenangannya akan terganggu dan tumpuannya untuk memimpin Wanita Umno akan ikut kalau dan celaru.
Tanyalah pengalaman dan beratnya beban yang dihadapi oleh Dr Wan Azizah menghadapi kes suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak hujung tahun 90an hingga sekarang. Seluruh tenaga dan fikiran seluruh anggota keluarga tertumpu kepada kes suaminya.
Peritnya Wan Azizah menghadapi urusan politik dan keluarga gara-gara kes itu. Sekarang Shahrizat mula berkongsi pengalaman dan masalah Wan Azizah.
Anwar dan Wan Azizah menghadapi tohmahnya sebagai gejala yang didatangkan dari luar. Anwar suami isteri terpaksa pertahankan kedudukan dan maruahnya. Kes suami Shahrizat adalah dari dalam keluarga sendiri. Sepatutnya Shahrizat jangan gendalakan politik Umno oleh masalah keluarganya.
Tidak sama kes dan politiknya dengan kes dan politik keluarga Dr Wan Azizah. Shahrizat bukan saja memerangkap Umno dan pimpinan Najib yang lemah, ada imbas Kamilia yang berfikiran bebas itu menjadi sasaran dan mangsa politik Shahrizat yang bermasalah.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.





