Bahasa

Pendapatan negara meningkat, BR1M mungkin kembali kata Najib

April 28, 2012

KUCHING, 28 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pendapatan negara telah meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011. Beliau berkata puncanya daripada “pentadbiran efisyen” dan “keuntungan besar yang diperolehi syariat-syarikat”.

Bernama melaporkan perdana menteri berkata peningkatan sebesar itu tidak berlaku sebelum ini, dengan pelaburan luar negara dan domestic berjumlah sebanyak RM120 bilion dan lebih 300,000 pekerjaan diwujudkan.

Pendapatan yang lebih itu, Naib berkata, digunakan untuk menaja skim seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), Voucher Buku 1 Malaysia (BB1M) dan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Pendapatan inilah, dan bukan pinjaman dari negara luar seperti diungkit pihak pembangkang, yang membiayai skim-skim itu.

Beliau (gambar) dipetik berkata,” “Mereka tak dapat tunjuk bukti. Sebab yang sebenarnya kita tidak pinjam duit dari luar. Kita gunakan kekuatan dalaman ekonomi kita untuk memberi kepada rakyat.”

Diajukan soalan tentang kembalinya skim BR1M pada masa hadapan, Najib tidak menolak kemungkinannya tetapi akan bergantung kepada wujudnya dana yang cukup.

Dipetik The Star, Najib berkata,”Jika pembangkang boleh buat Bersih 1,2 dan 2, kami boleh buat BR1M, 2 dan 3, yang lebih bermanfaat kepada rakyat jikalau kami mampu.”

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi