Bahasa

Hasan Ali teliti situasi politik sebelum tanding PRU-13

March 27, 2013

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali (gambar) sedang meneliti perkembangan politik semasa di peringkat negeri dan nasional sebelum mengambil pendirian sama ada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Selain itu, beliau turut mengalu-alukan pandangan daripada pelbagai pihak sebagai pendekatan dalam memuktamadkan hala tuju politiknya.

"Mungkin dalam beberapa ketika terdekat ini sehingga pembubaran Parlimen barulah dapat ditentukan opsyen yang paling munasabah buat diri saya dan perjuangan IMR - Islam Melayu dan Raja melalui JATI yang saya diminta menerajuinya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasan berkata demikian sebagai respon kepada persoalan yang menghujani beliau sama ada akan bertanding pada PRU-13.

Selain terdapat gesaan untuk menmpertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, katanya beliau turut dicadangkan untuk bertanding kerusi Parlimen seperti yang dilakukan pada PRU 1999.

"Ada juga di kalangan ahli politik termasuk beberapa pimpinan ulama PAS sendiri yang telah mencadangkan supaya saya turun ke kawasan Parlimen Shah Alam untuk bertanding di situ atas alasan-alasan tertentu," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya sama ada bertanding atau tidak, apa yang penting adalah memastikan pakatan pembangkan tidak memenangi PRU-13.

"Bagi saya yang lebih fundamental daripada itu ialah untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak diberi peluang oleh rakyat negeri ini (Selangor) untuk menerajui Malaysia dan mana-mana negeri lantaran prinsip perjuangan mereka yang merugikan Islam, Melayu dan Institusi Raja.

"Bagi saya mengundi Pakatan Rakyat bererti mengundang malapetaka buat generasi kini dan generasi pengganti yang akan datang," katanya. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi